Followers

Sunday, December 3, 2017

Meneroka seni bina era Victoria di Bandar Melbourne

Kesinambungan daripada trip mengembara ke New Zealand pada link: Lelaki ini membawa anda mengembara selama 10 hari di New Zealand, pada April 2017, sebelum pulang ke Malaysia, saya transit selama 3 hari 2 malam di Kota Melbourne, Australia. Boleh dikatakan Melbourne ni bandar dia lebih relax berbanding Sydney, oleh kerana masa transit yang agak terhad, jadi saya hanya sempat bersiar-siar di bahagian Central Business District sahaja.

Secara ringkasnya Melbourne pada suatu masa dahulu adalah ibu negara bagi Australia sebelum kini berpindah ke Canberra. Di sini boleh lihat banyak peninggalan struktur bangunan di era zaman Queen Victoria dan lebih 'cultural' berbanding Sydney.


Waktu di Melbourne ni kira musim luruh. memang tak panas dan jalan jauh mana pun tk berpeluh. Nyaman je. sambil lihat daun Maple berguguran di atas jalan sambil melihat ragam manusia yang perbagai di Bandar ini.



 Jom saya bawa jalan2 ke Melbourne!


Boleh lihat begitu ramai orang asia di sini, Berbanding sydney. Mudah dapat tempat makan,suasana sebahagiannya persis KL. Suhu tnggi sedikit berbanding Sydney dan tinggi lebih banyak berbanding NZ yang pernah mencecah 3 darjah di Mt Cook!

Antara pencakar langit di Bandar Melbourne. Langit pada hari tu amat cerah


ni lah mercu tanda utama Melbourne, Flinder Train Station. station ni kiranya antara yang terawal di Melbourne dan terletak di tengah2 bandar. Wajib pergi! Senibina Era Victoria dapat dilihat di bangunan ini.

Melbourne terkenal dengan train nya. tak sah kalau datang sini tak naik train merah ni. eh pakcik tu nak interfere jugak dalam gambar ni!

Dah macam Gotham City dalam cerita Batman kan? Hossier Lane memang terkenal dengan Street Art di Melbourne.

Acah2 ambil gambar dekat Hossier Lane.


Masa di Melbourne kami join satu group tour ni. Di celah-celah bangunan seni Victoria, pemandu pelancong 'percuma' membawa kami ke setiap lokasi dan menerangkan berkenaan sejarah bandar ini.  Melbourne antara salah satu bandar yang ada menyediakan 'Free Tour Guide' yang terdiri daripada pelajar2 University tempatan sebagai salah satu latihan 'softskill' mereka. Hebat tak?


Tour Guide kami beri penerangan berkenaan sejarah Bandar Melbourne. Kalau jumpe group2 macam ni kat melbourne boleh je join. Percuma je.

Begitulah sedikit sebanyak berkenaan bandar Melbourne ni. Lepas tu kami terus ke Queen Victoria Market shopping souvenir sikit sebelum balik Malaysia. Oleh kerana masa terhad stakat ini je lah perjalanan di Melbourne. Malam pula saya menghabiskan masa bersiar2 di celah kota Melbourne sambil lihat 'live' street show. Boleh la datang lagi sini inshaallah

No comments: